Sempena cuti Thaipusam 23hb Januari 2008, WPC Southern Region telah mengadakan satu Fundrive ke Batu Pahat. Seawal 8am, para peserta telah pun berkumpul di Petronas Tol Skudai. Sementara menunggu rakan2 lain pula sampai sessi Car Numbering dilakukan kepada Waja. Sebanyak 20 waja menyertai konvoi ini termasuk 1 dari WPC Central iaitu WPC President kita iaitu Encik Jamal & ditemani oleh Encik Yus (matomato) & Cik Huda. Disamping itu juga turut menyertai konvoi ini dari kalangan keluarga & TTM .
Setelah semua rakan2 telah bersedia & menerima final briefing dari Chief Convoy – Infrant & bacaan doa selamat oleh Zero aka Nuri & Mamba, penyusanan konvoi dilakukan dengan pantas untuk memulakan perjalanan. Dalam pukul 9:30, konvoi mula bergerak melalui Tol Skudai.
Perjalanan lancar kerana kurangnya kenderaan di lebuhraya. konvoi sampai di Tol Ayer Hitam dalam pukul 10:30am & diteruskan ke Parit Raja dimana kami berjumpa dengan rakan-rakan Batu Pahat yang diketuai oleh saudara Dell.
Setelah berehat selama 15 minit, perjalanan diteruskan ke BP Mall dimana kami meluangkan masa untuk sessi Bowling & juga mengedarkan risalah ‘Di mana kah Sharlinie’ sebagai usaha kelab untuk membantu menyalurkan maklumat tentang kehilangan adik Sharlinie. Kesudian ahli-ahli kelab bersama-sama mengedarkan risalah ini amat dihargai. Sebanyak 2000 risalah berjaya diedarkan. Sambutan dari orang ramai amat baik dimana rata-rata pemilik premis membantu dengan melekatkan risalah ini di kedai-kedai mereka.
Setelah menjamu selera di Medan Selera BP Mall, kami menyambungkan aktiviti dengan permainan bowling. Seramai 30 orang menyertai aktiviti ini sehingga 2:30pm. Pelbagai aksi membaling bola bowling dapat disaksikan. Walaupun ada kalanya lucu tetapi sikap sporting ahli-ahli serta keluarga yang turut serta memeriahkan aktiviti ini dengan riuh rendah.
Kami teruskan aktiviti dengan berkonvoi dgn rakan-rakan BP sebanyak 10 kereta menjadikan jumlah 30 waja ke Bangunan Mara Batu Pahat dimana kami disambut oleh Pegawai Mara Daerah Batu Pahat iaitu Encik Awang Said & juga Encik Saifuldin yang merupakan Pemilik syarikat Rojas Herbs Sdn Bhd. Rojas Herbs yang telah bermurah hati menyumbangkan hadiah-hadiah bagi pertandingan bowling. Kami meluangkan masa sehingga pukul 5pm untuk bersama-sama beramah mesra dengan rakan-rakan Batu Pahat serta melihat perkembangan perniagaan di Bangunan Mara BP. Diselitkan juga sambutan harijadi rakan-rakan kita iaitu Cik Farah & Cikgu Fadzlina. Happy Birthday!
Dalam pukul 5:30pm, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Mara & rakan-rakan BP konvoi pulang ke JB dimulakan. Kami berhenti untuk light refreshment di R&R Machap selama 30 minit. Perjalanan pulang ke JB agak mencabar kerana terdapatnya banyak kenderaan. Konvoi sampai di Tol Skudai pada pukul 8pm & berhenti sekali lagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan untuk pulang ke rumah.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu Mamba, Neli, Icher, Infrant, Fad12345, Mya Zara dan lain-lain kerana menyumbangkan masa & tenaga untuk menjayakan event ini. Kepada Zero / Nuri – Zan8090, walaupun Lightbar terbang tetap cool dalam mengepalai konvoi. Tak lupa tarian silat beliau semasa membaling bola bowling. Buat semua Team Leaders & Back Markers, Zin & keluarga, Mya Zara & TTM (onetor merajuk tu), One-tor yg kad TnG rosak kena pakai tiket – U guys rock the world. Sweeper / Control – Infrant yang tak putus-putus memberikan arahan. Abg Man & akak, Aqil & family, Azmi, Azhar rakannya (lupa lak nama dia), Iqbal lupa Dean yang dengan gaya-gaya pemain bowling International tapi tak memang jugak.
Buat Encik Jamal, jutaan terima kasih kerana kesanggupan beliau datang ke JB untuk menyokong event ini. Buat Encik Yus aka Matomato, yang drive jauh-jauh jugak. Buat Cik Huda yang tak putus-putus mengambil gambar-gambar kenangan candid. Tak dapat nak lari dari lensa kamera beliau.
Tak lupa buat Dell dari BP yang sama-sama menguruskan perjalanan kami & event kami semasa kami di BP. Buat semua rakan-rakan BP yang turut hadir. Jerul24 & keluarga yang datang dari Muar. Encik Darren aka Mutian & family juga dari Muar. Cikgu Razif sekeluarga yang jon dari Kluang. Terima kasih sekali lagi.
Saya merasa bangga dan terharu atas sokongan anda semua. Saya berharap semua telah bergembira pada aktivitii yang diadakan. Jikalau ada kekurangan atau tersilap kata & gurau semasa event / konvoi ini seperti “LC berhenti beli goreng pisang” & ” beli Sponge Bob tu”, sepuluh jari saya susun memohon maaf.
Recent Comments